“Sayang Sangat Peluang Ni Tak Dihargai..” – Hubungan Rossa Sera Dan Shuk Sahar Kembali Retak?

“Sayang Sangat Peluang Ni Tak Dihargai..” – Hubungan Rossa Sera Dan Shuk Sahar Kembali Retak?
Share
Isteri kepada pelawak sensasi Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih dikenali sebagai Rossa Sera kembali mencuri perhatian ramai di media sosialnya.

Melalui beberapa hantaran status di Instagram Storynya, wanita tersebut seakan-akan sedang berkongsi luahan hatinya tentang hubungan bersama suami.

Menurut Sera, hubungan yang dimaksudkan itu seakan-seakan telur dihujung tanduk.

Tambah Sera, anak-anaknya tetap menjadi penguat jiwanya biarpun berdepan dengan pelbagai cacian serta makian daripada orang ramai.

“Aku maafkan kau sebab aku selalu pandang wajah-wajah kecil ni.”

Sera juga kelihatan berkongsikan sebuah gambar tangkap layar mesejnya yang difahamkan telah dikirimkan oleh sang suami, Shuk.

Sekadar info, sebelum ini, kisah rumah tangga pasangan ini sering menjadi buah mulut orang ramai apabila Shuk didakwa menjalinkan hubungan gelap dengan wanita lain, bagaimanapun ibu kepada dua orang cahaya mata itu memaafkan perbuatan Shuk.

Semoga Sera diberikan kekuatan untuk harungi ujian ini.

SUMBER : Instagram Rossa Sera
Kredit: Beautifulnara

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel