Siti Saleha tuntut cerai, ada 4 komen yang aneh tentang perceraian beliau

Siti Saleha tuntut cerai, ada 4 komen yang aneh tentang perceraian beliau
Share
PETALING JAYA – Tidak menunggu lama, aktres terkenal Siti Saleha akhirnya membuka mulut mengesahkan kehadirannya ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor bagi memfailkan kes pisah ke atas suaminya, Ahmad Lufti Azhar.

Siti Saleha atau nama lengkapnya Siti Saleha Mohd. Baharum, ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, dia cuma boleh berkongsi telah hadir ke mahkamah untuk memfailkan perpisahan atas kebenaran mahkamah.

“Apa yang saya boleh cakap ialah, ya, saya failkan kes pisah dengan kebenaran mahkamah. Itu sahaja. Selanjutnya saya tidak mahu komen. Terima kasih,” jawab ringkas pelakon berusia 31 tahun itu kepada Kosmo!

Pelakon 7 Hari Mencintaiku itu bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci tentang tindakan nekadnya memfailkan perpisahan ke atas Ahmad Lutfi, 35, selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Terdahulu, media hari ini melaporkan bahawa Siti Saleha dilihat hadir ke Mah.kamah Rendah Syariah Klang untuk sebutan k,es pisah ke atas suaminya.

Prosiding tersebut telah dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hairuddin Ab. Rahim yang berlangsung sekitar pukul 10 pagi yang turut dihadiri Ahmad Lutfi.

Perkhabaran tersebut mengejutkan ramai pihak memandangkan kakak kepada Sam Bunkface itu jarang bercerita kisah peribadi terutama kisah perkahwinan dengan suaminya yang sebelum pernah bertugas di sebuah jabatan kerajaan itu,

Saleha bagaimanapun sering mengelak apabila diasak persoalan berhubung kejernihan hubungan perkahwinan apabila dilihat jarang berkongsi foto atau momen bersama suaminya dalam media sosial.

Kali terakhir Siti Saleha berkongsi gambar mesra bersama suami adalah pada 24 Mac tahun ini bersempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-35.

“It’s your birthday bubbaboo. Saya berdoa agar Allah sentiasa memberkati anda dan kabulkan semua yang anda mahukan. Saya terlalu sayangkan anda,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.

Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017. Bagaimanapun perkahwinan mereka tidak dikurniakan rezeki menimang cahaya mata. – K! ONLINE

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel