“Suka Hatilah Nak Cakap Aku Meroyan, Kau Tahu Apa Yang Kau Dah Buat”

“Suka Hatilah Nak Cakap Aku Meroyan, Kau Tahu Apa Yang Kau Dah Buat”
Share
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai pelawak Shuk Sahar apabila isterinya, Rossa Sera memberi bayangan rumah tangga mereka kembali retak apabila meluahkan rasa di media sosial.

Sera turut meluahkan rasa terkilan di atas apa yang berlaku kerana selama ini dia telah berusaha memperbaiki hubungan bersama suaminya.

Tetap tenang dengan apa yang berlaku, Rossa berkata dia mempunyai bukti kukuh dengan apa yang diluahkan sebelum ini.

“Suka hatilah nak cakap aku meroyan ke apa, kau tahu apa yang kau dah buat. Masing-masing ada kegilaan masing-masing. Ada gila menipu.

“Aku lain. Kegilaan ku kalau hilang sabar lain. Cukuplah tu. Aku pun tahu setiap proses orang lain, ada cepat ada lambat. Aku lambat sikit sebab bod0h. Tapi Alhamdulillah lambat tapi Allah hantar kekuatan dan bukti,” katanya.

Terdahulu, memetik laporan mStar, Shuk mengakui berlaku salah faham antara dirinya dengan isteri namun ianya tidak serius.

Difahamkan, Shuk kini berada di Pulau Pinang kerana ada penggambaran dan bertindak menutup ruangan komen di Instagramnya.

Ujar Shuk, dia akui berlaku salah faham antara dia dan isterinya namun menyifatkan ia tidak serius.

“Sebenarnya memang ada sikit salah faham Shuk dengan Sera tapi tak ada apa-apa pun.

“Sekarang saya ada di Pulau Pinang ada shoot sikit, saya taknak komen lebih fasal ni InsyaAllah tak ada apa-apa yang berlaku,” ujarnya ketka dihubungi mStar.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan isterinya pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia setahun

SUMBER: BEAUTIFULNARA

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel