Tak Lengkap Dos Vaksin, Bakal Pengantin Pulang Ke Kampung Diarah Berpatah Balik
Saturday, October 16, 2021
GARA-GARA BELUM LENGKAP SUNTIKAN D0S VAKSIN C0VID-19, SEPASANG KEKASIH YANG MAHU PULANG KE KAMPUNG UNTUK MENDIRIKAN RUMAH TANGGA DIARAHKAN BERPATAH BALIK KETIKA MELALUI SEKAT4N JALAN RAYA (SJR) JELI, KELANTAN.
Menurut Ketua P0lis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, pasangan berusia 39 dan 44 tahun itu dipercayai dari Perak menuju ke Pasir Mas turut dikenakan kompaun sebelum diarah berpataj balik pada jam 12 tengah hari Jumaat.
Selain pasangan kekasih itu, pihaknya turut mengenakan kompaun kepada 10 lagi individu di Tanah Merah pada awal pagi Jumaat atas kesalah4n beriad4h tanpa lengkap dua d0s vaksin4si.
“Kesemua 12 individu berkenaan dik0mpaun sebanyak RM2,000 mengikut Akta Pencegah4n dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya.
Shafien sebelum itu membuat pemantauan Ops Pematuhan C0v1d-19 Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 di Pantai Geting, Tumpat.
Tambah Shafien, pihaknya juga menggunakan dua dron untuk memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan tumpuan pelancong di negeri tersebut, di mana turut melibatkan kawasan pantai iaitu di Tumpat dan Bachok.
“Penggunaan dron ini adalah untuk membantu memudahkan kerja pemantauan dan untuk kami mengambil tindakan jika berlaku pelanggaran SOP melibatkan kawasan-kawasan berkenaan,” jelasnya.
Sumber:Sinar Harian