Tak nak disuntik? Kerajaan akan terus susahkan hidup antivaksin

Tak nak disuntik? Kerajaan akan terus susahkan hidup antivaksin
Share

Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan tidak akan ‘memberi muka’ kepada golongan antivaksin kerana mereka sendiri memilih keputusan untuk tidak menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menurut laporan Astro Awani, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan juga bercadang bagi mewajibkan golongan tersebut melakukan saringan secara mingguan dimana kos perlu ditanggung sendiri

“Pendekatan kita adalah, maaf cakap, kita akan buat hidup anda susah kerana anda tidak divaksin kerana anda memilih untuk enggan divaksin.

“Kalau anda tidak divaksin kerana masalah kesihatan, tidak mengapa. Kita akan beri pengecualian dengan memberikan e-sijil MySejahtera tapi kalau anda sendiri memilih untuk tidak divaksin, kita akan ‘menyusahkan’ hidup anda.

“Kita akan terus sukarkan hidup anda, tidak boleh makan di restoran, tidak boleh pergi ke pusat beli-belah,” katanya pada sidang media.

Khairy berkata, beliau turut peka dengan suara ibu bapa yang meluahkan rasa kebimbangan untuk menghantar anak mereka ke sekolah berikutan terdapat segelintir para pendidik enggan divaksin.

“Sebab itu bila kita bincang, kita kata ia tidak boleh hanya melibatkan sektor pendidikan tapi ia juga mestilah untuk sektor awam. Sekarang ini Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah keluarkan pekeliling, mewajibkan penjawat awam untuk divaksinasi.

“Kita galakkan sektor lain turut melakukan perkara sama termasuk syarikat swasta. Mereka perlu ada undang-undang juga seperti kalau tidak divaksin, anda tidak boleh kembali bekerja,” ujarnya.

Semalam, Ahli Parlimen Rembau itu menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera selepas golongan tersebut sering menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan menjengkelkan.

Sumber: Astro Awani (Ridauddin Daud)

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel