“Terpaksa keluarkan bukti, i okey berdepan dengan Shuk” - Wanita tak gentar dengan Shuk
Monday, October 25, 2021

Berikutan dengan kontroversi skandal rumah tangga dan juga isu pengacaraan 'Rumah 107' beberapa minggu lalu, Shuk kembali menjadi bualan apabila seorang wanita bernama @Ayu Aziz di laman sesawang twitter mendakwa pengacara lelaki itu bercakap dengan nada 'double meaning' sewaktu on-air pada tahun lalu.
Tidak berpuas hati dengan tuduhan berkenaan Shuk tampil menafikan hal berkenaan dan meminta kesahihan yang didakwa oleh wanita tersebut.
Shuk juga memberi amaran kepada wanita berkenaan dan bakal melakukan saman. Tegas selebriti terbabit dia langsung tidak mengenali wanita berkenaan, apalagi pernah menemuramah individu tersebut.
Namun, wanita berkenaan tampil dengan memuat naik video rakaman pada tahun lalu di dalam konti dimana kejadian didakwa berlaku.
Bukan sengaja memburukkan keadaan, atau menutup periuk nasi seseorang, namun Ayu menyifatkan gurauan 'double meaning' seperti itu adalah tidak wajar dibuat apatah lagi sewaktu bersiaran di radio. Dia juga menjelaskan tidak takut akan bersemuka dengan selebriti itu kerana apa yang didedahkan adalah benar dan bukan fitnah.
I masih tengah download video i
— Ayu Aziz (@ayuazizz) October 24, 2021
Tapi ni turn adik i main game untuk game section dia.
Just, watch & judge by yourself.
Shuib pun bagi warning gurau halus je kat adik i “kalau boleh jangan kenal dia” pic.twitter.com/26n2Tr7z6p
Kredit: Kisah Dunia