(Video) "Jangan sesekali terlanjur..nanti jaga biawak hidup" - Anjoulie jawab persoalan gadis
Tuesday, October 26, 2021

Pelakon dan selebriti media sosial yang lantang bersuara Zarina Anjoulie menyuarakan pendapat mengenai soalan pengikutnya tentang adakah patut jika seseorang wanita itu memilih untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan.
Menerusi hantaran video yang dimuatnaik oleh Zarina atau nama lengkapnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Faizul, dia berkata jangan sesekali terlanjur mengahwini seseorang lelaki yang tidak bertanggungjawab jika tidak mahu diri sendiri merana suatu hari nanti.
“Jawapan saya, jangan kahwin. Ia merupakan satu perangkap yang dia mahu jadi penganggur, untuk dia jadi biawak hidup.”
Tambahnya lagi di dalam video berdurasi 6 minit itu, dia menasihati agar tidak mudah mengahsihani dan meletakkan keyakinan bahawa lelaki-lelaki tersebut bakal berubah selepas berkahwin.
“Saya dapat banyak pesanan peribadi daripada gadis muda dalam Lingkungan 20-an serta janda yang bertanyakan nasihat saya. Jadi saya buat video untuk berkongsi pendapat.”
“Ramai bertanya kepada saya, adakah mereka patut teruskan perkahwinan jika lelaki yang ingin dikahwini itu tidak mempunyai pekerjaan?”
“Jawapan saya, jangan kahwin. Kalau dia nak kahwin dengan kamu, kalau dia sayang kamu, dia akan tunjuk usaha untuk kerja dahulu.”
“Bukannya selepas berkahwin baru dia mahu mencari kerja. Ia merupakan satu perangkap yang dia mahu jadi penganggur, untuk dia Jadi biawak hidup, supaya kamu bekerja untuk dia, katanya.”
Kongsi Anjoulie, Jangan sesekali berasa kasihan dan meletakkan keyakinan bahawa mereka akan berubah selepas berkahwin.
“Jika dia nak berkahwin dengan kamu, dia akan tunjuk usana yang dla bolen jaga kamu. Lebih baik tolong saudara mara kamu atau 1bu bapa kamu, atau tolong diri sendiri. Tak perlu tolong anak orang ni. Sebab kalau hubungan tidak menjadi, kamu juga yang salah. Semua orang akan salahkan kamu dan berkata kenapa kamu berkahwin dengan dia sedangkan kamu sudah tahu yang dirinya tidak mempunyai kerja, tegas Anjoulie lagi.”
Bagaimanapun, Zarina atau mesra dipanggil Anju berkata jika jejaka tersebut pada awalnya mempunyai karier yang bagus tetapi kini hanya bekerja biasa akibat pandemik, maka boleh diberi sokongan.
Sekadar info, sekitar Februari 2021, Zarina disahkan telah bercerai dengan Eilyas selepas mendirikan rumah tangga pada 17 Julai 2020, namun mengikut kenyataan yang dibuat oleh wanita itu, mereka telah rujuk semula pada Mac 2021.
Sumber: Beautifulnara