[VIDEO] Tak masuk akal harga kek RM10K, Tapi hasilnya macam baru belajar buat kek

[VIDEO] Tak masuk akal harga kek RM10K, Tapi hasilnya macam baru belajar buat kek
Share
Bila dah bergelar ibu bapa tiada benda yang paling menggembirakan melainkan kedatang orang baru dalam keluarga. Sudah menjadi trend ibu bapa yang bakal menimbang cahaya mata mengadakan majlis gender reveal sebagai satu kejutan.

Biasanya jantina bayi yang bakal dilahirkan menjadi tanda tanya sehinggalah majlis gender reveal diadakan. Pelbagai gimik akan dilakukan untuk memberitahu jantina bayi.

Tapi kali ini lain pula cerita dengan Founder Oden Viral, CekYana, di mana impiannya untuk memiliki kek setanding bayaran lebur begitu sahaja.
Pada mulanya kek yang dijadikan untuk reveal orang baru dalam keluarganya, direka khas oleh CekYana mengikut tema yang diinginkan. Tapi apa yang terjadi kek yang bernilai 10 ribu ringgit itu hampir tumbang apabila dipotong.

Siapa jer yang tak kecewa bila dah labur puluhan ribu ringgit untuk kek 3 tingkat tapi hasilnya bila dapat, nak potong pun susah. Nak-nak lagi si ibu dah lama mengidam untuk makan kek lepas tempoh alahan yang teruk.

Bila apa yang kita rancang tak menjadi mula lah mood pun kelaut. Macam satu pembaziran pula spend duit banyak-banyak satu kek yang hasilnya baru habis belajar sekolah.

Baker pun satu hal, tak mampu buat seperti yang diinginkan pelanggan, jangan main sauk jer job tu. Kesian orang yang terkena. 

Dalam keadaan macam ni pun CekYana boleh lagi nak payung mommies beli barang bayi RM500 dan paling best CekYana juga nak belanja mommies bersalin di hospital swasta. Betul happy CekYana bila bakal dikurniakan baby girl.

Mungkin ini cara CekYana nak share kebahagiaan dengan semua orang. Rasa tak sabar pula nak tunggu baby girl CekYana.
Bila kes macam ini terjadi baru lah kita tahu yang tak semua orang mampu buat apa yang kita impikan dan tak semua orang berusaha sungguh-sungguh dapat sesuatu yang sudah ada depan mata.

Tapi kami tabik CekYana, mampu kontrol rasa kecewa tu, dan teruskan majlis macam biasa. Semoga CekYana dipermudahkan urusan seterusnya.

Sumber: Rotikaya

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel