Warga Emas Ditahan Kerana Pukul Pencuri Untuk Pertahan Diri

Warga Emas Ditahan Kerana Pukul Pencuri Untuk Pertahan Diri
Share
Seorang warga emas berusia 74 tahun di Demak, Indonesia telah ditahan pihak polis kerana didakwa melakukan penganiayaan terhadap seorang pencuri.

Kes yang melibatkan lelaki itu bermula ketika dia menangkap seorang pemuda berusia 30-an yang sedang mencuri ikan di kolam yang dijaganya pada 7 September 2021 lalu.

Kolam ikan itu terletak di Desa Pasir, Kecamatan Mijen, Kabupaten Demak, Jawa Tengah, Indonesia. Kolam ikan tersebut juga difahamkan berada di kawasan yang jauh daripada penduduk.

“Pakcik itu memang penjaga kolam ikan di sana, dia juga tidur di pondok di situ. Pada 7 September sekitar jam 6.30 petang, pakcik itu telah menangkap pencuri di kolam tersebut,”kata Hariyanto, peguam dari LBH Demak Raya.

Pada awalnya lelaki yang hidup sebatang kara ini difahamkan telah menegur pencuri tersebut secara baik.

Namun, pencuri itu tidak dapat menerima teguran tersebut dan terus menyerang warga emas berkenaan menggunakan alat menangkap ikan yang dibawanya.

“Warga emas itu telah menjerit-jerit pencuri, tetapi tidak ada yang memberikan respon kerana jarak tempat itu dengan penduduk jauh. Pencuri itu hendak menyerang warga emas itu, kemudian warga emas berkenaan mengambil sabit dan membaling ke arah pencuri itu untuk melindungi diri,”kata Hariyanto.

Menurut keterangan warga emas tersebut, bukan sekali kehilangan barang atau ikan di kolam yang dijanganya itu berlaku. Sebelum ini, kolam tersebut pernah kehilangan pam airnya.

“Sebelum ini, kolam ikan yang dijaga sering kehilangan barang. Semalam, pencuri telah berjaya menangkap hampir 20 kilogram ikan. Itulah sebabnya warga emas tersebut memilih untuk tidak berdiam diri lagi,”lanjutnya.

Setelah bergelut dengan pencuri ikan itu, warga emas berkenaan kemudiannya melaporkan kejadian kecurian tersebut kepada penduduk kampung. Dia juga mengakui telah memukul mangsa dan mencederakannya.

“Selepas itu, bercakap dengan penduduk bahawa telah berlaku kecurian, pencuri itu telah ditikamnya. Kemudian pada sekitar pukul 11 malam itu juga, dia telah dibawa ke balai polis atas laporan berkenaan kejadian tersebut,” tambahnya.

Menurutnya, penahanan yang dilakukan oleh pihak polis merupakan suatu yang agak keterlaluan. Lebih-lebih lagi, kes ini telah siap untuk diadili kerana fail tersebut telah dinyatakan P21 oleh pejabat pendakwa raya.

“Ianya agak lucu, tidak masuk akal apabila seseorang menangkap pencuri, melindungi dirinya dari ancaman yang dilakukan oleh pencuri tersebut, dipenjara dan dihukum,” tegasnya.

Haryanto berharap agar pegawai penguatkuasa dapat melihat kes ini dengan adil.

“Untuk berlaku adil, pencuri itu juga perlu dipenjara kerana penipuan, bukan hanya warga emas itu sahaja. Lebih-lebih lagi, dia melakukan perkara itu hanya untuk melindungi dirinya sendiri sahaja,” kata Haryanto.

Sehingga kini, Polis Demak serta Pejabat Pendakwa Raya Demak masih belum lagi memberikan maklumat lanjut berkenaan kes ini.

Sumber: Kumparan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel