Ada Orang Dendam - Jumpa Jarum, Syiling Pelik, Da'i Syed Menderita Terkena Sihir
Sunday, November 28, 2021

Da'i Syed kini sedang mendapatkan rawatan perubatan Islamik bersama tiga orang ustaz bagi merawat gangguan sihir yang dialaminya.
Difahamkan sihir tersebut dihantar oleh seorang wanita dan menjadikan dirinya seperti tertekan, malas dan serabut.
"Ya, saya ada pergi berubat, ustaz kata saya kena gangguan dan saya diberikan air bacaan surah Yasin dan air garam.
"Gangguan itu menjadikan saya stress, malas kerja, kusut kepala, tak boleh bagi komitmen sebab terlalu serabut dan tak boleh tidur malam.
"Rawatan itu saya lakukan bersama tiga ustaz berdekatan rumah saya, Kajang dan salah seorang lagi melalui atas talian,"katanya kepada Gempak.
Tambah pendakwah kontroversi ini, gangguan tersebut bermula Februari selepas menemui jarum di dalam bilik tidurnya.Adiknya juga menjumpai duit syiling pelik di luar rumah.
"Sebelum ini saya jumpa jarum di dalam bilik dekat rak baju saya. Peliknya sebab jarum tu tak pernah ada situ, tiba-tiba terjumpa. Adik saya jumpa duit syiling dan dia ambil.
"Lepas tu saya hubungi ustaz untuk scan rumah saya, katanya dalam bilik, depan rumah dan dalam kereta ada 'benda' itu. Dia bagi kita rasa malas, sekat tak bagi kita kerja."
Sumber: Cari, Gempak