Alicia Amin Mohon Orang Berhenti Tanya Soal Kehamilan
Wednesday, November 17, 2021

Menerusi Insta Stories, Aliciia menjelaskan bahawa berat badannya naik disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang dilaksanakan selain ditambah dengan kesibukan kerja sehingga tidak cukup tidur. Malah dia akui berat badannya juga meningkat seratus peratus.
“Disebabkan ramai di DM (Direct Message) cuba untuk mengetahui jika berat badan saya naik disebabkan kehamilan, tidak ianya bukan.
"3 bulan MCO + kembali kerja dengan tanpa tidur pada usia 26 menyebabkan kenaikan berat badan 100%."
Dalam pada itu, Alicia turut memohon pada orang ramai untuk berhenti bertanyakan mengenai kehamilan padanya walaupun tahu mereka mempunyai niat yang baik.
“Tolong henti bertanyakan soalan mengenai kehamilan. Saya tahu anda semua mempunyai niat yang baik tetapi ia tidak mungkin untuk saya pada ketika ini," katanya.
Sekadar info, Alicia telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya yang juga seorang doktor, Farzan Iqbal. Selain itu, majlis yang diadakan juga berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang hanya dihadiri enam orang sahaja pada Februari lalu. - Kredit CARI
Sumber: Murai