Dah Nampak Baby Bump, Ramai Ucap Tahniah Adakah Mira Filzah Hamil?
Friday, November 26, 2021
Mira, 28, berkahwin dengan arkitek, Wan Emir Astar, 31, pada 3 September tahun lalu hanya sempat mengadakan dua buah majlis resepsi.
Menjengah ke ruangan instagram Mira, apa yang menarik perhatian adalah satu video yang memaparkan Mira sedang mempromosikan produk minuman.
Di ruangan komen, ramai yang perasan sesuatu yang lain pada pelakon ini. Ramai peminat mengucapkan tahniah kepada pelakon cantik itu.
Setakat ini tak ada pula Mira balas komen untuk mengiyakan atau menafikannya.
Mira Filzah yang popular dengan drama seperti cinta si wedding planner, lelaki kiriman tuhan dan rahsia hati perempuan, tak pernah buat sebarang kenyataan lanjut bahawa dirinya kini sedang berbadan dua, ianya hanya spekulasi dari peminatnya.
Diimbas kembali, selebriti berumur 28 tahun ini telah menamatkan zaman bujangnya setelah disatukan dengan Wan Emir iaitu anak sulung kepada Datuk Mastura Yazid, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.