Dinodai Dari Kecil, Gadis Malu Berbintikan Ayah Sendiri

Dinodai Dari Kecil, Gadis Malu Berbintikan Ayah Sendiri
Share

Imej seorang ayah sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak terutama bagi yang perempuan. Walau bagaimanapun, kadang-kadang hawa nafsu merubah seorang manusia menjadi tidak berakal sehingga sanggup meragut maruah zuriat sendiri. Itulah yang sempat diceritakan oleh seorang penghuni di Raudhatus Sakinah.

Menerusi rancangan ‘Dengar’ di TV Al-Hijrah, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Emy menceritakan pengalaman pahit apabila telah dinodai oleh ayah kandungnya sejak dari usia 4 tahun lagi. Jelasnya, waktu itu dia sama sekali tidak tahu perbuatan lelaki berkenaan salah. Lebih-lebih lagi, orang tuanya itu adalah seorang yang sangat disegani di kampung serta merupakan seorang bilal.

Sehinggalah meningkat remaja, Emy mulai malu berbintikan nama ayahnya sendiri. Ketika di usia 15 tahun, itulah titik pengakhiran buat gadis tersebut apabila menerima berita pemergian lelaki berkenaan. Malah dia juga merasakan kematian tersebut ibarat satu pertolongan daripada Allah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup sedih mendengar kisah hidup Emy. Walau bagaimanapun, mereka bangga kerana gadis tersebut kelihatan cukup kental serta berjaya menghabiskan pelajaran sehingga ke peringkat diploma. 
Sumber: TikTok Amirul_Tokai & Youtube Rauhatus Sakinah from Indonesian
Kredit: KisahDunia

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel