‘Karen’ Buat Hal Lagi? Didakwa Berjalan Tak Pakai Mask Dengan Kawan-kawan

‘Karen’ Buat Hal Lagi? Didakwa Berjalan Tak Pakai Mask Dengan Kawan-kawan
Share

Nampaknya kes pasal ‘Karen’ ni masih belum berpenghujung, sebelum ini rakaman tular mengenai dirinya bertengkar dengan kakitangan sebuah butik di KLCC kerana tidak dibenarkan masuk sebab tak pakai pelitup muka.

Susulan itu, Astro Awani melaporkan bahawa individu tersebut telah dikompaun sebanyak RM 3,000 atas dua kesalahan. Bagaimanapun, ia tidak berakhir disitu, muncul lagi satu rakaman yang dikatakan dirinya sedang bertelagah dengan pengawal keselamatan di sebuah pusat membeli belah di Bangsar.

Beberapa hari lepas, wanita dari Manchester yang dikenali sebagai Kerry itu ada kongsikan satu kenyataan secara terbuka menerusi satu video.

Baca Juga

Akui dirinya sebagai ‘Karen Dior’, Kerry menjelaskan bahawa di sudah menetap di Malaysia selama 20 tahun, Kerry menjelaskan bahawa tidak memakai pelitup muka adalah pilihannya.

Kerry juga menjelaskan bahawa ia kerana negara lain telah menarik balik peraturan tersebut.

Isu jadi semakin hangat apabila baru-baru ini, satu rakaman yang memperlihatkan kelibat wanita dari negara barat seperti dirinya sedang berjalan-jalan di Plaza Damas, Hartamas, KL bersama rakan tanpa memakai pelitup muka.

Video itu dikongsikan di Twitter dan kini telah meraih 2.7K jumlah retweets sepanjang tempoh artikel ini ditulis.

Jika diperhatikan dalam video berdurasi 6 saat itu, dilihat wanita berambut pendek itu sedang berjalan bersama sebelum berlaga pipi. Malah, jika dilihat, 2 orang rakannya juga tidak memakai pelitup muka.
close

Berdasarkan perhatian netizen, kelibat wanita tersebut seperti ‘Karen Dior’ namun masih belum disahkan lagi. Disebabkan itu, ramai netizen gesa agar dia didenda lagi atas kesalahan tersebut.

Sumber: Lobak Merah

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel