Kecoh. Video Anak Dr Ridhuan Tee, Syafi Tee Berpeluk, Bercium Dituduh Memalukan Bapanya
Wednesday, November 24, 2021
Kecoh jadinya bila tular video memaparkan anak pendakwah, Dr Ridhuan Tee didakwa berpelukan dengan wanita.
Syafi Tee yang merupakan seorang pelakon menjadi bualan hangat selepas video berkenaan dikongsikan oleh jurusolek Evfa yang bekerja bersama dengannya untuk penggambaran sebuah drama.
Ramai pihak yang menghentam dirinya kerana telah mencemarkan dan memalukan nama baik bapanya yang tersohor dalam bidang agama.
Kenapa i rasa jeles ek? 😰 pic.twitter.com/EmJI4mEr9U
— Ra (@faizalabdhalim_) November 23, 2021
Menyedari dirinya telah mencetuskan kontroversi, Syafi kata ia bukanlah seperti apa yang difikirkan.
"Okay satu bendalah, kalau korang tak tahu perangai aku sebenanya aku ni memang gila sikit kat set. Aku suka kacau orang.
"Dan kenyataan wanita itu, dia bukan wanita. Saja je kan. Tapi yalah, aku minta maaf, aku akan lebih berhati-hati selepas ini,"katanya seperti dipetik di Gempak.
Sumber: CARI