"Kes Culik Dan Bunuh Boleh Selesai 7 Hari,"-Netizen Persoal Kenapa Kes Ebit Lew Senyap?
Wednesday, November 24, 2021
Selepas netizen mempersoalkan kes Ebit Lew yang semakin hari semakin senyap seperti tiada tindakan susulan, pihak polis terus mengeluarkan kenyataan tentang siasatan tersebut.
Seperti yang dilaporkan MyMetro, pihak polis tidak menutup kes gangguan seksual Ebit Lew dan ianya masih dalam siasatan.
Namun seperti yang dikatakan Datuk Seri Abd Jalil Hassan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, pihaknya masih menanti maklumat terkini untuk membantu siasatan lanjutan.
Netizen dimaklumkan sekali lagi bahawa kes ini tidak pernah ditutup dan tidak ada rujukan untuk tiada tindakan lanjut (NFA) seperti yang didakwa oleh akaun Twitter Edisi Siasat
Kes culik dan bunuh boleh selesai dlm masa 7 hari tapi kes gangguan seksual @ustazebitlew disiasat berbulan2 tak selesai jugak.
— Edisi SiasatMY (@edisi_siasatmy) November 23, 2021
JSJ @PDRMsia pening dgn kes UEL walaupun ada bukti jelas seperti gambar, video dan mesej2 lucah yg UEL hantar kpd mangsa2.
Pelik kan? pic.twitter.com/jR9uJPjE98
Pengendali akaun Twitter Edisi Siasat menyindir pihak polis yang mengambil masa berbulan-bulan menyiasat kes Ebit Lew walaupun mempunyai bukti jelas berbanding kes culik dan bunuh yang boleh diselesaikan dalam masa tujuh hari sahaja.
Kes ini disiasat dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber: Cari