"Kesiannya, Anak Kecil Lagi Dipaksa Pergi School," Ada Yang Pertikai, Elfira Loy Bengang
Tuesday, November 30, 2021

Elfira Loy tampil memberikan penejlasan selepas menerima mesej daripada netizen yang kesian melihat anaknya, Rayyan Khalaf, dua tahun yang sudah dihantar ke playschool.
Individu tersebut mendakwa Rayyan masih terlalu kecil untuk dihantar ke sekolah.
"Ala tiannye..Kecik-kecik lagi dah kene paksa pegi school. Waktu umur macamni budak selalu nak manja-manja dengan mak dia kalau mak tak bekerja duduk rumah," tulis individu berkenaan.
Elfira kata dia menghantar anaknya ke sana untuk membantu mengembangkan kemahiran motor dan sosial mereka.
"Menghantar kanak-kanak ke playschool akan membantu mereka mengembangkan kemahiran motor mereka. Mereka juga boleh mengembangkan kemahiran sosial & harian mereka.
"Memang ada studies tunjuk perbezaan kanak-kanak yang aktif selalu play, buat montessori ni dengan yang tak kurang melakukan aktiviti yang merangsang their motor skills," tulisnya melalui IG Story.
Dalam masa yang sama Elfira menyatakan tidak mengapa sekiranya ibu bapa tak bersedia nak hantar anak kerana aktiviti masih boleh dilakukan di rumah.
“Tetapi jika anda tidak bersedia untuk menghantar anak-anak anda ianya tidak mengapa. Anda boleh sentiasa melakukan aktiviti dengan anak-anak anda di rumah.
"Jika anda tahu bagaimana dan anda mempunyai masa."
Tambahnya, "As much as i wanna ignore these kind of messages, saya masih rasa tenganggu juga & kena explain kepada stigma setengah parents yang ‘apahal lah hantar anak-anak awal kar sekolah tak kesian ke’.
Ni Playschool. Bukan belajar math darab bahagi tolak."
Sumber: CARI