Nak Rakam Kemalangan, Pembancuh Coconut Shake Maut Dirempuh Kereta Lain

Nak Rakam Kemalangan, Pembancuh Coconut Shake Maut Dirempuh Kereta Lain
Share

Seorang pejalan kaki bekerja sebagai pembancuh coconut shake maut selepas dirempuh kereta ketika merakamkan kejadian kemalangan di Jalan Tun Hamzah di Melaka.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, mangsa, Syarurazi Kaharudin, 23, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, sebelum kejadian, berlaku kemalangan membabitkan sebuah Proton Saga dari Ayer Keroh ke Duyong yang hilang kawalan dan terbabas di bahu kiri jalan. 

Baca Juga


Katanya, mangsa yang terlihat kemalangan itu datang berdekatan lokasi untuk merakamkan gambar kejadian, sebelum tiba-tiba sebuah Perodua Myvi dipandu seorang wanita merempuh pemuda berkenaan. 

“Hasil siasatan awal, wanita yang memandu Myvi tersebut dipercayai tertidur menyebabkan kenderaan dinaikinya bersama anak perempuan berusia lapan tahun terbabas dan melanggar mangsa,” katanya.

Tambahnya, pemandu Proton Saga yang merupakan seorang wanita pekerja kilang tidak mengalami sebarang kecederaan. 
close

“Dua beranak di dalam Myvi pula hanya mengalami luka-luka di bahagian muka di jari dan tangan.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes setakat ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. 

Sumber: Utusan Online

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel