Nora Danish Tak Endah Kecaman Selepas Dipilih Jadi Duta Kempen Tudung Bawal Walaupun Dikecam Warganet Kerana Sentiasa Berimej Seksi

Nora Danish Tak Endah Kecaman Selepas Dipilih Jadi Duta Kempen Tudung Bawal Walaupun Dikecam Warganet Kerana Sentiasa Berimej Seksi
Share

Belum lagi dilancarkan secara rasmi namun dikhabarkan promosi awal kempen tudung bawal jenama MINAZ yang menampilkan pelakon popular, Nora Danish telah menerima kecaman hebat daripada warganet. Hah kenapa pula?

Difahamkan warganet mengecam pemilihan duta itu yang dikatakan tidak sesuai dengan jenama tudung berkenaan sedangkan Nora seorang yang "free hair" dan sering berimej seksi.

Menjawab mengenai kecaman itu, isteri kepada Mohamad Nedim Nazri tersebut mengakui bahawa dia sudah pun imun dan kebal dengan segala kecaman daripada warganet, lapor Siakap Keli.


Baca Juga

“Menjayakan kempen tudung itu atau sebaliknya, saya percaya itu dinamakan rezeki. Saya percaya membuat sesuatu yang baik termasuk menjayakan jenama yang memerlukan pemakaian tudung ini tidak pernah ada salahnya.

“Mungkin suatu hari nanti, siapa tahu akan dibukakan hati saya ke arah itu (bertudung). Semua ini sama seperti kita mendoakan sesuatu yang diharapkan. Ini juga bukan kali pertama saya ditawarkan tugasan mempromosikan jenama tudung.

“Jadi saya sudah terbiasa dengan situasi sebegitu. Kecaman demi kecaman itu lumrah kehidupan manusia. Ia boleh terjadi bukan saja kepada artis tetapi semua golongan termasuk pendakwah dan ahli politik,” katanya yang menjadi wajah kempen jenama tudung itu sejak Oktober lalu.

close
Bagi ibu kepada dua cahaya mata Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12, dan Mohamed Neqayl Nedim, 3, baginya seksi itu bersifat subjektif.

“Bagi saya seksi atau sebaliknya, ia terletak atau bergantung kepada mata yang memandangnya.  Kalau baik yang dilihatnya… maka baiklah jadinya. Kalau gatal pandangannya, maka gatallah.

“Yang penting, saya hanya ingin menjadi diri sendiri. Tetapi, saya nak ucap terima kasih kepada netizen yang memberi komen membina. Saya sayang anda semua.

“Insya-Allah, doa baik-baik. Bagi kelompok netizen yang tahu dan asyik nak kecam saja, hentikanlah. Perbuatan buli siber tidak baik sebenarnya,” katanya.

Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, walau bagaimanapun mengakui tidak mahu larut dengan hal yang negatif.

“Saya memang kebal bab kecaman ini. Saya tak baca mana mana komen atau blog yang menghentam atau cari silap.

“Kalau saya tahu pun cerita ini daripada kawan atau rakan media yang mengajukan soalan berkaitan. Tapi tak apalah, tak perlu saya ambil peduli. Ia seperti menghabiskan tenaga untuk perkara tak perlu.

“Malah saya pada satu tahap tak menyekat pun akses atau memadamkan komen negatif ditinggalkan warganet. Kadang kadang tak perasan pun sebab terlalu banyak komen,” katanya.
Dalam pada itu, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif jenama MINAZ, Hafiza Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ menyatakan bahawa keputusannya untuk memilih Nora dalam mempromosikan kempen Blossom 2.0 adalah tepat.

“Hari pertama ketika Nora didedahkan sebagai wajah kempen di media sosial termasuk Instagram rasmi pun memang ramai yang beri maklum balas berbaur positif dan negatif.

“Ada di kalangan peminat bertanyakan kenapa saya perlu pilih Nora kerana tak sesuai penampilan sebenarnya dengan tudung dipakai.

“Saya di maklumkan oleh tim saya sehingga kan ada yang nak boikot dan tidak mahu menyokong lagi keluaran produk kami. Pada saya, lebih gemar untuk memandang sesuatu perkara itu pada sudut yang positif. Ada juga yang suka dengan pemilihannya sebagai wajah kempen. Stokis dan agen pun suka sebab Nora sendiri punyai ramai pengikut di Instagram,” katanya.

Beliau turut berkata bahawa pemilihan Nora yang berwajah lembut dan manis sekaligus kena dengan konsep bunga pada rekaan tudungnya.

Sumber: CARI

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel