"Panjangnya, Pelik!"- Ramai Prihatin Tengok Leher Uqasha Senrose
Monday, November 15, 2021

Uqasha Senrose sekali lagi menjadi 'bahan' gara-gara gambarnya yang dimuat naik di Instagram disunting keterlaluan.
Ada yang mendakwa bahagian lehernya kelihatan lebih panjang daripada biasa.
Difahamkan gambar tersebut diambil semasa pelakon itu hadir ke program Maharaja Lawak Mega 2021.
“Kenapa macam pelik leher? Panjang sangat,” soal seorang netizen dalam ruangan komen.
“Sunting bahagian leher?” tanya sorang lagi pengikut Instagramnya.
Tak berdiam diri, Uqasha kata dia tidak mengubah atau menyuntik lehernya.
“Sudah memang leher saya begitu. Hendak panjangkan leher macam mana? Isu leher panjang pula. Tak tahu pula leher boleh disunting menjadi panjang,"katanya seperti dipetik melalui Kosmo.
“Isu leher panjang pula. Tak tahu pula leher boleh disunting menjadi panjang,” jawab tunang kepada aktor Kamal Adli itu.
Selain isu leher, rata-rata netizen turut memuji kecantikannya yang dikatakan persis jenama patung popular iaitu Barbie.
Sebelum ini, Kosmo! pada 13 Julai lalu pernah melaporkan Uqasha menjadi bahan buah mulut netizen susulan fotonya yang didakwa disunting pada bahagian pinggul agar kelihatan lebih ‘montok’.
Kredit: Kosmo