Penonton Bola Pesan Makanan Di Stadium, Food Rider Terpinga-pinga Cari Pelanggan

Penonton Bola Pesan Makanan Di Stadium, Food Rider Terpinga-pinga Cari Pelanggan
Share

Bagi peminat-peminat bola sepak tempatan, kebenaran menonton perlawanan di stadium merupakan antara yang ditunggu setelah sekian lama berkurung di rumah. Mana tidaknya, masing-masing sudah tidak sabar bersorak untuk menyokong pasukan yang diminati.

Itulah antara situasi meriah yang dapat dilihat sewaktu perlawanan suku akhir Piala Malaysia di antara pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bersama Johor Darul Takzim (JDT). Acara yang dilangsungkan di Stadium Darul Aman, Alor Setar itu menyaksikan persaingan sengit dan berakhir dengan keputusan seri 0-0.

Namun ada hal yang lebih menarik terjadi semalam sewaktu perlawanan berlangsung dan sempat tular di TikTok. Menerusi rakaman tersebut, seorang food rider dilihat terpinga-pinga memasuki kawasan tempat duduk penonton.

Baca Juga

Watch on TikTok
Terdahulu difahamkan, sebenarnya makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk ke dalam stadium. Namun, ada yang bertindak memesannya dari luar menggunakan perkhidmatan penghantaran berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kasihan melihat rider berkenaan yang berusaha mencari lokasi pelanggannya berada. Dalam pada itu, ramai juga turut risau dengan pelaksanaan SOP sewaktu perlawanan berkenaan berlangsung kerana kelihatan terlalu sesak.

Sumber: Kisah Dunia

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel