Rossa Individu Pertama Sambut Iqbal Di Indonesia, Sekarang Iqbal Zulkifli Nak Kenal Rossa Dengan Lebih Dalam

Rossa Individu Pertama Sambut Iqbal Di Indonesia, Sekarang Iqbal Zulkifli Nak Kenal Rossa Dengan Lebih Dalam
Share
Umum mengetahui, baru-baru ini usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkifli kini membawa diri ke Indonesia dan ada kemungkinan mahu berhijrah ke negara seberang itu untuk merawat hati.

Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Rossa menjadi individu pertama yang ditemui usahawan kontroversi yang kini bergelar penyanyi, Ahmad Iqbal selepas mengambil keputusan untuk keluar seketika ke negara republik tersebut.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Iqbal atau nama lengkapnya Ahmad Iqbal Zulkefli dalam Instagram miliknya, jejaka berusia 27 tahun itu berkongsi sekeping fotonya bersama diva kesayangan Indonesia terbabit.

Difahamkan, Iqbal bertemu dengan Rossa ketika majlis pratonton filem berjudul Love Knots berdasarkan baju yang dipakai penyanyi itu ketika bergambar dengan Iqbal, sama seperti persalinan yang dikenakan sewaktu majlis tersebut sebagaimana dikongsikan dalam InstaStory miliknya.

Berpeluang untuk bertemu dengan penyanyi terkenal, Datuk Sri Rossa, Iqbal berkata dia kini cuba untuk mendekati dan mahu mengenali Rossa dengan lebih dalam.

Iqbal menyifatkan penyanyi lagu Pudar itu seorang yang lemah lembut, sopan, tidak gedik mahupun bising dan minimalis dalam berfesyen.

“Semalam saya dijemput untuk tayang perdana filem Love Knots dan kebetulan Rossa ada hadir sebagai salah seorang yang penting dalam filem itu.

“Saya rasa saya nak kenal Rossa dengan lebih dalam dan dekat sebab dia sangat humble. Tapi tak ada niat nak rosak hubungan dia dengan siapa-siapa pun hanya nak berkenalan.

“Saya suka tengok dia, dia profesional, humble, low profile, tak gedik, sopan, bercakap pun tak bising, minimal, tidak sarat bila berfesyen dan bercakap pun lemah lembut,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal berkata kedatangannya ke Indonesia disambut dengan baik oleh netizen negara itu dan cuba untuk mencari peluang memasuki pasaran Indonesia jika ada rezeki.

“Saya rasa akan duduk lama dekat sini tapi tak tahu sampai bila sebab rasa tak berapa tenang dekat Malaysia. Saya juga dalam proses untuk masuk program TV di sini tapi tak berani lagi nak confirm, masih dalam perbincangan.

“Saya juga try nak approach Melly Goeslow untuk buat lagu, tapi tengok dulu rate mereka. Saya suka dengan melodi dan arrangement lagu mereka,” katanya.

SUMBER:  MSTAR ONLINE

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel