Tiara Jacquelina Tolak Offer Hollywood "I dont do kissing scene"
Tuesday, November 23, 2021
Puan Sri Tiara Jacquelina mendedahkan dia pernah menolak tawaran untuk mengembangkan karier lakonan di Hollywood.
Kata Tiara, perbezaan budaya menjadi faktor dia melepaskan tawaran tersebut.
"Sampai sekarang orang bertanya bila nak pergi Hollywood, sejujurnya memang ada ejen yang panggil untuk uji bakat watak orang Asia yang kita tengok sekarang ni. Tahun ni ada, tahun lepas pun ada... filem yang baru keluar pun ada tapi saya tak nak beritahu tajuk.
"Kalau 10 atau 20 tahun dahulu mungkin saya dah merasa berlakon filem Hollywood... sebenarnya tidak semudah seperti kita bayangkan sebab kadang-kadang budaya kita, saya ini old fashion sikit.
"Saya terfikir juga kalau ada babak suruh cium takkan saya nak cakap tak boleh buat. I don’t do kissing. Mungkin itu penghalang tapi saya tak terkilan," katanya seperti dipetik di mStar Online.
Sementara itu Tiara sempat mengulas tentang kehadiran ramai muka baru dalam industri.
"Kena berdisiplin dan terus belajar, jangan cepat rasa bagus... kita kena sedar beratus lagi pelakon di luar sana, sekarang ini zaman media sosial banyak sangat pelakon cuma antara kualiti sajalah.
"Pelakon yang bagus dia ada seri dia sendiri, orang pandang dia bukan sebab lawa tapi kerja keras dan dedikasi.
"Saya terus-terang cakap jarang jumpa pelakon masa uji bakat yang tahu proses pembikinan sesebuah cerita atau filem... contohnya semasa uji bakat teater Puteri Gunung Ledang, apabila diberitahu mereka kena luangkan masa beberapa bulan, mereka terkejut!"
Tambahnya, "Kalau awak cuma nak fame dan glamor, jadi influencer di Instagram sahajalah, kalau nak jadi pelakon serius kena lalui peritnya, berkorban kehidupan sosial.
"Tengok saya tak ada social life, kita pun pernah muda, tengok orang best hidup pergi sana-sini, clubbing keluar setiap malam tapi saya kena disiplinkan diri daripada melakukan hal itu.
"Ini kerana saya tak mahu ada kontroversi, saya kena pastikan diri saya keep clean supaya tak terpalit kontroversi. Selain itu tak boleh cepat melatah apabila berdepan sesuatu." -Sumber CARI