Video Tular, Tauke Jambu Selamat Bernikah Dengan Gadis Bernama Shu?

Video Tular, Tauke Jambu Selamat Bernikah Dengan Gadis Bernama Shu?
Share

Viral di TikTok rakaman video menunjukkan lelaki mirip pelawak popular, Tauke Jambu, lengkap berbaju Melayu serba putih di samping seorang wanita. Pelawak berkenaan dikatakan seperti baru sahaja selesai bernikah.

Tidak dapat dipastikan kesahihan video itu, ramai yang keliru dengan status perkahwinannya memandangkan pelawak berkenaan sudah beristeri.

Lebih menimbulkan tanda tanya apabila rakan-rakan rapat mengucapkan tahniah di atas pernikahan wanita yang digelar sebagai Shu itu.

Sementara itu, cubaan wartawan Harian Metro menghubungi Tauke dan isterinya, Nadia untuk mendapatkan pengesahan tidak berjaya. Kedua-duanya dipercayai tidak menjawab panggilan telefon dan mesej di Whatsapp.
@shakirzuf

Hmmm da nikah dah 🥺 #shumel #teamshu

♬ Bilang Pa Mama Mantu Remix - Wallzz.19
Di Instagram Tauke Jambu, netizen dilihat membanjiri ruangan komen bertanyakan berkenaan video tular tersebut.
Untuk makluman, sebelum ini Tauke dari kumpulan Jambu telah terpalit satu kontroversi sehingga membuatkannya berasa ralat dan mengambil keputusan untuk berehat dari dunia seni.

Dia juga telah menjelaskan hal sebenar dan segala tuduhan sebelum ini dinafikan sekerasnya.

Tauke yang sudah berkahwin dengan Nadia Muhd Effendi pada 2017 turut dikurniakan dua orang anak dan dilihat bahagia menerusi posting di media sosial.

Sumber: Metro

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel