Wanita dipukul suami hingga koma bakal bersalin, adik dedah risiko yang perlu diterima

Wanita dipukul suami hingga koma bakal bersalin, adik dedah risiko yang perlu diterima
Share
Kisah seorang wanita yang menjadi mangsa belasahan suami sehingga koma pada  pertengahan tahun ini dimaklumkan bakal melahirkan zuriat pertamanya tidak lama lagi.

Jahidah Nordin yang kini berada dibawah jagaan keluarganya  telah mengalami kecederaan  serius di bahagian kepala selepas disyaki dipukul suami pada 4 Mei 2021.

Menerusi TikTok adik kepada wanita itu, kakaknya sedang menanti hari untuk bersalin selepas kandungannya mencecah usia 9 bulan.

Namun, dalam perkongsian terbaru @zaihzara15, mereka sekeluarga berasa hiba selepas doktor memaklumkan beberapa kemungkinan yang akan terjadi ketika kakaknya bersalin nanti.

Menerusi kapysen yang disertakan @ziahzara15, dia menyatakan yang ada beberapa risiko yang perlu ditanggung seperti respiratory distress, pendarahan, cardiac arrest dan juga kematian.
Pastinya berita itu membuatkan mereka berasa risau kerana tidak lama lagi tarikh Jahidah akan melahirkan akan tiba. Setakat ini, adiknya kerap memuat naik perkembangan terkini wanita tersebut yang masih lagi separa sedar dengan kondisi terbaring sahaja di atas katil.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mendoakan agar urusan Jahidah dipermudahkan dan berharap agar keajaiban berlaku supaya dia sihat seperti sedia kala.

Mereka juga turut meminta ahli keluarga terus kuat menempuhi dugaan hebat ini dan reda dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang.
Sumber: TikTok @ziahzara15
Kredit penulisan ohmymedia

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel