Akhirnya Terbongkar Punca Siti Saleha Nak Sangat Cerai Dengan Suami
Thursday, December 2, 2021

Punca berkenaan didedahkan sendiri oleh peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili aktres berkenaan.
Menurut mStar Online, Siti Saleha bersama peguamnya hadir bagi prosiding mendengar laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berhubung kes tuntutan perceraiannya namun ia ditangguhkan pada 17 Januari depan.
Hakim Syarie Mohd Hairuddin Abdul Rahim menetapkan tarikh berkenaan bagi membaca laporan JKP dan menentukan sama ada perintah perceraian dengan talak atau shiqaq perlu dikeluarkan atau tidak.
Azmi berkata, "Prosiding tadi adalah untuk menilai proses JKP tapi ditangguhkan pada 17 Januari kerana defendan dan wakil JKP tidak hadir.
"Jadi JKP akan diadakan sekali lagi sebelum 17 Januari dan hakim akan membacakan laporan itu sama ada menilai perintah shiqaq perlu dikeluarkan dan seterusnya pelantikan hakam."
13 Oktober lepas , Siti Saleha hadir ke mahkamah bagi kes sebutan perceraiannya dengan Ahmad Lutfi.
Untuk rekod Siti Saleha dan Ahmad Lutfi berkahwin pada 28 Julai 2017.
Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.
Kredit: CARI