Bomba Dah Datang, Penduduk Geram Warga Emas Berkeras Tak Bagi Buang Sarang Tebuan

Bomba Dah Datang, Penduduk Geram Warga Emas Berkeras Tak Bagi Buang Sarang Tebuan
Share

Seorang wanita menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, meluahkan rasa kecewa terhadap seorang warga emas yang dikatakan enggan memberikan kerjasama kepada pihak bomba bagi membuang sarang tebuan yang berada di pokok berhampiran rumahnya.

Kisahnya bermula, apabila wanita ini membuat laporan kepada pihak bomba untuk membantu menghapuskan sarang tebuan yang boleh mencederakan penduduk kampung yang melalui jalan tersebut. 
Lebih membimbangkan, keluarganya yang tinggal berdekatan kawasan tersebut juga sering menggunakan laluan itu. Namun, respon balas yang diberikan oleh warga emas ini agak  mengecewakan apabila tidak membenarkan pihak bomba meneruskan tugas. Warga emas itu turut memberitahu sarang tebuan tersebut tidak membahaya.

Baca Juga

“Rumah dia terbakar kita tolong panggil bomba. Pokok dia ada sarang tebuan kita tolong panggil bomba. The real jiran tak guna wujud. Jiran saya ini dulu cikgu. Tapi itu lah risau ada jiran macam ini. Tebuan punya hal pagar dikecohkan.”

Pegawai bomba yang berada di tempat kejadian juga cuba memberikan penjelasan secara baik kepada lelaki ini namun, dia (warga emas) menjelaskan tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh mereka.

“Tak terbakar pokok aih, sebab kami dah bakar pokok banyak kali.”

Warga emas ini pada masa yang sama, turut menjelaskan dia sudah cuba bersabar dengan apa yang terjadi dan menceritakan tebuan tersebut sama sekali tidak menyerang mana-mana individu.

“Dia duduk dalam kawasan ini, atas bumbung kawan ini. Saya dengan tebuan saya tau lah.”

Mengulas lebih lanjut, pemilik video ini menjelaskan lelaki tersebut sepatutnya bersyukur berikutan ada orang yang prihatin akan keselamatan dirinya dan orang ramai. Bagaimanapun, ketika artikel ini ditulis tidak dapat dipastikan sama ada sarang tebuan itu telah dibuang mahu pun tidak.

close
Kredit penulisan: Ohbulan
Sumber: TikTok

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel