Dah 4 Bulan Isteri Tak Balik, Rupa-Rupanya Bersekedudukan Dengan Lelaki Pangkat Pegawai

Dah 4 Bulan Isteri Tak Balik, Rupa-Rupanya Bersekedudukan Dengan Lelaki Pangkat Pegawai
Share

Seorang lelaki di Indonesia yang curiga selepas isterinya tidak pulang ke rumah selama empat bulan kecewa apabila menemui wanita itu sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki berstatus pegawai pemerintah, lapor laman berita Suara.com.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Tedi itu ‘menangkap’ isterinya, WS sedang curang di sebuah rumah mewah milik pegawai pemerintah yang dikenali sebagai TK.

“Saya mencari dia (isteri), sehingga akhirnya saya melihatnya sedang berada di lapangan terbang bersama TK,’’ kata Tedi.

Baca Juga


Setelah mengekori isterinya ke rumah TK, Tedi mengajak jiran di kawasan itu untuk mencekup mereka.

Kedua-dua mereka akhirnya ditangkap sedang berdua-duaan di dalam rumah tersebut. Setelah digesa, TK akhirnya memberikan akses kepada rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) untuk diperiksa polis.

Polis turut menemui beberapa helai pakaian dalam wanita sebagai bukti atas tuduhan bersekedudukan.
close

Sumber: Kosmo, Suara.com

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel