"Dia Ni Anak Dara Tua Tak Laku Tu Dok Kangkang Sana Sini Jual Paha Kaki Pendek Semua." Daiyan Trisha Dikecam
Wednesday, December 8, 2021

Sudah menceburi di dalam industri tanah air hampir lapan tahun, pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha akui dia sudah lali dengan kecaman serta kritikan yang diterima dari netizen.
Jengah di Instagram, tak dinafikan selebriti ini selalu memuat naik content yang kreatif dan OOTD yang menarik.
Namun bukan semua peminat senang dengan kandungan yang dimuat naik oleh beliau. Macam baru-baru ini Daiyan dikecam apabila dia memuat naik gambar memperagakan beberapa salinan baju.
Kapsyennya, "Saya tak nak tanggal semua pakaian ini kerana semuanya cantik."
Meninjau di ruangan komen, ada pula yang melabelkannya sebagai seorang anak dara tua yang tak laku dan suka bergambar seksi.
"Dia ni anak dara tua tak laku tu dok kangkang sana sini jual paha kaki pendek semua."
Sebelum ini juga banyak kali dah Diayan dikecam sebab berpakaian mencolok mata namun katanya dia masih tahu batas-batas berpakaian.
Sumber: CARI