DSV buat kejutan bakal lancar single terbaru! Vida dedahkan lagu tersebut mampu buat peminat sebak dan menangis

DSV buat kejutan bakal lancar single terbaru! Vida dedahkan lagu tersebut mampu buat peminat sebak dan menangis
Share
Nampaknya selepas usahawan sensasi beberapa bulan lalu Ahmad Iqbal Zulkifli melancarkan lagu Hujan, kini giliran jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida pula bakal melancarkan single baru.

Menurut Vida, dia mengakui terkesan dengan lagu dikeluarkan oleh Iqbal yang menceritakan tentang kisah percintaan mereka dan memilih untuk berdiam.

“Sebenarnya bila Iqbal keluarkan lagu, saya berdiam je. Sekarang ni cakap banyak pun tak guna jadi saya nak keluar lagu dan menjawab segala apa yang kau (Iqbal) kata.

“Apa yang kau lirikkan dalam lagu itu, kali ini dengar saya pula punya. Ini jawapan yag perlu ada dalam lagu saya sehingga orang menangis,” katanya.

Mengambil pendekatan untuk melu4hkan isi hatinya dalam sebuah lagu yang ditujukan kepada Iqbal, Vida berkata dia mahu semua yang mendengar merasakan k3sedihannya.

“Saya akan membawa lagu balada kali ni penuh dengan sentimental with love yang akan mengungkap k3sedihan saya, saya nak anda semua rasakan,” katanya.

Terdahulu, Vida berkata dia yakin bahawa Iqbal tidak akan dapat cari pengganti sepertinya seorang wanita yang rupawan dan genit-genit manja.

Terdahulu, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 50, menyifatkan bekas pembantu peribadinya itu seorang yang gilakan populariti hingga tergamak menjadikan ‘kisah kahwin tak jadi’ sebagai sebahagian jalan cerita dalam MV lagu itu.

Sumber: Satkoba press

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel