Gadis 17 Tahun Upah Orang Rogol, Bunuh Kawan Sendiri Angkara Dendam

Gadis 17 Tahun Upah Orang Rogol, Bunuh Kawan Sendiri Angkara Dendam
Share
Baru berusia 17 tahun, remaja perempuan tergamak merancang pembunuhan rakan sendiri angkara dendam. Lebih mengejutkan apabila suspek mengupah buruh binaan untuk melakukan perbuatan kejam itu.

Memetik laporan Kompas, mangsa dibunuh dengan kejam sekitar 30 November lalu sebelum ditemui penduduk kampung pada 5 Disember dalam keadaan berbogel di sebuah rumah kosong di Desa Sabah Balau, Indonesia.

Rentetan insiden itu, polis mula menjalankan siasatan lanjut dan suspek ditahan bagi membantu siasatan. 

Difahamkan, pada awalnya suspek hanya dianggap sebagai saksi sebelum segala-galanya terbongkar dan bukti mendapati suspek merupakan dalang di sebalik pembunuhan kejam tersebut.

Semasa soal siasat, suspek mengaku memberi upah berjumlah RP500,000 (sekitar RM147) kepada seorang buruh binaan berusia 33 tahun untuk merogol dan membunuh mangsa. 

Suspek dan mangsa sebelum ini dipercayai pernah bergaduh. Namun, disebabkan dendam, suspek sanggup membuat perancangan untuk membunuh rakannya. 

Sumber: CARI

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel