Lebih 5 Jam Terkandas Di KLIA, 500 Jemaah Umrah Mengamuk Akibat 'Jam Tracker'
Wednesday, December 29, 2021
Kira-kira 500 jemaah umrah meluahkan rasa tidak berpuas hati selepas terpaksa menunggu lebih lima jam di terminal udara Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan dari Arab Saudi.
Difahamkan, kesemua jemaah yang baru selesai menunaikan umrah di Tanah Suci itu sedang menunggu giliran untuk dipakaikan jam penjejak bagi pengesanan jangkitan Covid-19.
Menerusi satu hantaran video seorang pengguna TikTok, rata-rata jemaah dilihat tidak berpuas hati kerana perlu menunggu lama selain penat kerana penerbangan yang lama dari Jeddah.
“Ini adalah situasi selepas pulang dari umrah, percubaan pertama kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pakaikan jam penjejak.”
Dalam video tersebut, turut kelihatan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut berada di lokasi kejadian.
“Terlalu lama, hampir lima jam menunggu.”
Hanya tujuh sahaja kakitangan KKM yang ditugaskan ketika itu bagi mengendalikan seramai 500 jemaah terlibat.
@uzm_87 #ad YB KJ mai melawat dan jemaah mengamuk kerana SOP terlalu teruk di KLIA. #fypシ #viral #umrah #YBKJ #SOP ♬ original sound - Zulkifli Mohamed
Video berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai. Ada yang menasihatkan agar jemaah terbabit sentiasa bersabar selain turut bersimpati dengan kepenatan dilalui mereka.
“Saya di sini juga tadi, sistem jam itu tiada masalah, yang geram kakitangan KKM tidak ramai, perjalanan sembilan jam, tambah enam jam menunggu, penat” tulis seorang pengguna TikTok.
SUMBER : Kosmo