Nak Berkenalan, Sanggup Jaga Anak 'Wanita Cantik', Seriuslah Iqbal Tak Kenal Lucinta Luna?

Nak Berkenalan, Sanggup Jaga Anak 'Wanita Cantik', Seriuslah Iqbal Tak Kenal Lucinta Luna?
Share

Murni betul niat usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli yang mahu membantu seorang wanita hamil dan sanggup membela 'anak'nya.

Iqbal yang juga bekas pembantu peribadi jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) meluahkan hasratnya itu menerusi Instastory selepas beberapa kali terlihat gambar dan video wanita berkenaan yang mahu melahirkan, namun bapa kepada kandungannya itu menghilang.
"Jika sesiapa kenal, mohon memperkenalkan ya. Saya sanggup bela anaknya. Juga serius untuk berkenalan dengan wanita cantik ini," ujarnya.

Baca Juga


Dalam hantaran seterusnya meluahkan hasrat mengambil anak angkat dengan memuat naik gambar bersama kanak-kanak berserta kapsyen 'sunyi dan sepi'.

Tapi seriuslah Iqbal tidak mengenali 'wanita' yang sarat hamil itu?

Dalam pada itu, apa yang menjadi perhatian adalah foto wanita hamil yang dimuatnaik oleh Iqbal adalah selebriti sensasi Indonesia, Lucinta Luna yang juga merupakan seorang transgender. Terdahulu, Lucinta pernah mengakui dirinya hamil anak kepada teman lelakinya yang berasal dari luar negara Selain itu, Lucinta atau nama sebenarnya Muhamad Fattah  turut membuat pengakuan bahawa dia pernah menjual diri untuk melakukan pembedahan kelamin.
close

Sumber: CARI

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel