Nora Ariffin Dah Kahwin Dengan Kawan Baik Arwah Suami

Nora Ariffin Dah Kahwin Dengan Kawan Baik Arwah Suami
Share

Selepas empat tahun bergelar ibu tunggal, Datuk Nora Ariffin berkahwin lagi dengan sahabat baik arwah suaminya.

Nora bernikah dengan Rushdi Ramli dan mengumumkannya melalui Instagram.

Baca Juga

"Saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah ingin memaklumkan bahawa saya kini telah bertemu jodoh dengan seorang hamba Allah yang merupakan sahabat baik arwah Johan sejak dari kecil lagi, Dr. Rushdi Ramli.

"Beliau adalah saudara Rushdi Ramli,” tulisnya sebagai kapsyen.

Lelaki berkenaan merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.

close
Tambah Nora, “Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya  memang berniat untuk tidak menghebah-hebahkan ikatan ini.

“Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum  sahaja.
"Saya berpegang kepada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ia terlalu peribadi untuk saya kongsikan, bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali mencari publisiti."

Nora juga tidak memberitahu secara terperinci butiran majlis perkahwinan itu.

“Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang telah ditentukan. Saya menerimanya dengan penuh sabar, reda dan syukur. Hanya kebaikan yang saya harapkan.

“Saya juga memohon agar semua insan yang mengenali saya dan peminat sudi menitipkan doa buat saya mendapat keluarga sakinah, mawaddah, warahmah, dipermudahkan segala urusan, diberkati dan diredai  Allah dunia serta akhirat. Insya-Allah.

Sumber: CARI

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel