“Orang Malaysia Travel Oversea Sekejap Je Dah Berlagak Nak Mampus”

“Orang Malaysia Travel Oversea Sekejap Je Dah Berlagak Nak Mampus”
Share

Kini sedang menikmati percutian di Hawaii, Amerika Syarikat, cef selebriti terkenal, Chef Wan tidak lokek berkongsikan foto sepanjang berada di sana.

Lebih menjadi perhatian, Chef Wan turut berkongsian beliau berpeluang menjadi tetamu figura berpengaruh, Kiana Gentry di Judd Hill, Honolulu, Hawaii.

Menurut Chef Wan, beliau pernah bertugas sebagai cef peribadi Kiana dan mendiang suaminya, pemaju hartanah popular, Thomas Gentry selain menggalas tanggungjawab sebagai ketua tukang masak di restoran milik mereka, iaitu Angelica.

Baca Juga

“Kembali ke kenangan lalu ketika saya bergelar cef peribadi Encik dan Puan Gentry, selain menggalas jawatan sebagai Ketua Cef di restoran mereka, Agelina.
 
“Selain mempunyai lebih 3 ribu hartanah di Hawaii dan California, dia juga membina enjin jet, turbin dan bot. Dia juga merupakan pemaju rumah, pusat beli-belah dan bangunan pejabat ternama di Hawaii dan California,” tulisnya.
Dalam pada itu, Chef Wan turut menegur segelintir rakyat Malaysia yang berlagak dan sering menunjukkan kekayaan mereka.

“Saya memulakan kehidupan penuh glamor dengan Gentry sekitar 30 tahun lalu. Itu sebab bila orang Malaysia travel sedikit atau duduk oversea setahun jagung ini, tetapi berlagak nak mampus. Selalu reaksi saya adalah “Excuse me, tolonglah, don’t” tulisnya.

SUMBER:  CARI FORUM
close

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel