"Penat Bukan Alasan!" Sikap Mendesak Sheikh Muszaphar Paksa Anak Dibantah Netizen

"Penat Bukan Alasan!" Sikap Mendesak Sheikh Muszaphar Paksa Anak Dibantah Netizen
Share

Setiap ibu bapa mempunyai cara masing-masing untuk mendidik anak supaya menjadi orang yang berguna pada masa hadapan dan sudah pasti tidak mahu anak-anak membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Begitu juga dengan Sheikh Muszaphar yang seringkali berkongsi rutin harian hidupnya bersama anak-anak tercinta. Namun, tidak semua cara didikan itu mendapat pujian pengikutnya.

Pada perkongsiannya hari ini, dia sempat bertanyakan kepada pengikut di Instagram adakah cara didikannya terlalu mendesak. Majoriti memuji tapi ada juga membalas dengan komen negatif yang mengatakan dia begitu memaksa anaknya.

Baca Juga


Video yang dikongsi itu menunjukkan anak lelakinya, Adam dan Noah sedang dalam keletihan sehingga tertidur dalam kereta untuk pergi ke kelas renang. Tapi kebanyakkan ibu bapa yang mengikuti Instagram bersetuju dengan caranya yang 'memaksa' anak untuk melakukan aktiviti.
Dia turut menegaskan walau penat macam mana sekalipun, rutin pembelajaran tetap diteruskan dan penat tidak boleh dijadikan alasan. 

Malah dia juga ingin menambah lagi rutin hidup anak-anak lelakinya dan percaya lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin baru ini.

close
Sumber: CARI (ameenarara)

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel