Ramai 'Terkesima' Tengok Zizi Kirana Pakai Stoking Dalam Air Ketika Bulan Madu

Ramai 'Terkesima' Tengok Zizi Kirana Pakai Stoking Dalam Air Ketika Bulan Madu
Share

Manis betul melihat aksi mesra pasangan selebriti Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana yang bercuti di Semporna, Sabah.

Bersemut Instagram pasangan itu berkongsi gambar dan video sekitar pre-honeymoon mereka yang kelihatan begitu romantis.

Namun, penampilan Zizi melakukan aktiviti di tepi pantai dan lautan lebih mendapat perhatian warganet.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Zizi dilihat tidak lokek memuat naik video memaparkan momen romantis mereka buat para peminat.

“Pre-honeymoon with my lovely wife @zizi_kirana. Banyak lagi pulau yang tak sempat nak pergi sebab tak cukup masa kena balik sebab kerja. Insyaa Allah Next trip , Pulau Mabul,” tulisnya.
Terpegun dibuatnya melihat bagaimana dia tetap menjaga aurat dengan sempurna. Memang patut mendapat pujian ramai!

Selain Zizi, Yusuf juga dipuji kerana pandai menjaga dan mendidik isterinya untuk menjaga aurat ketika bermain air.
Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September lalu selepas dua bulan berkenalan ketika bersama-sama terlibat dalam program All Together Now Malaysia.

Sumber CARI

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel