Ramai Teruja Nampak Nama Anak Malaysia Dalam ‘End Credit’ Spider-Man : No Way Home
Saturday, December 18, 2021

Tapi kat sini kita bukan nak bincang pasal babak selepas end credit dalam filem tu, sebaliknya ada sesuatu yang ‘menangkap’ mata orang ramai dalam senarai nama orang yang diberi kredit untuk filem No Way Home itu.
Melalui satu ciapan dari laman Twitter, pengguna ini ternampak nama anak Malaysia turut dikreditkan dalam filem pecah panggung itu.
I saw this name during the credit scene for Spiderman, No Way Home.. and guess what, she's Malaysian, still having MMU in her bio.
— Kay (@sirennextdoor) December 16, 2021
Local talent can go international, equip yourself with high demand skills and go! pic.twitter.com/xsXyKYG2bY
Menempa nama sebagai anak Malaysia, Dayang Norrafida Abang Suhaili merupakan seorang production coordinator di Luma Pictures, sebuah studio kesan visual yang dikenali dengan beberapa buah filem blokbuster.
Turut dikongsi oleh pengguna Twitter @sirennextdoor, anak jati Sarawak itu juga terlibat dalam mencipta kesan visual dan animasi kepada filem dan siri terbitan Marvel Studios seperti WandaVision, Loki, Shang Chi dan Eternals.
Antara peranannya yang lain sebagai production coordinator termasuklah floor task yang memerlukannya memastikan jadual yang disusun berada di garis masa yang betul dan menetapkan penanda aras kepada artis secara mingguan.
Filem-filem lain yang mempunyai penglibatannya termasuklah Godzilla vs Kong, The Tomorrow War dan Space Jam 2.
Bekas pelajar Multimedia University (MMU) ini dikatakan menimba pengalaman selama 16 tahun di Malaysia, juga di negara-negara Asia Tenggara lain termasuklah Indonesia, Vietnam dan Thailand sebelum melibatkan diri bersama Luma Pictures di Australia.
Walaupun skop tugasnya di balik tabir, namun pencapaian ini tetap dikatakan membanggakan rakyat Malaysia.
Melalui ciapan tular itu, ada yang menyatakan bahawa ramai lagi anak tempatan yang telah melakar nama mereka di pasaran Hollywood. Ramai juga yang melihat Dayang sebagai insiprasi mereka yang turut berada dalam bidang yang sama.
Sumber: Twitter
Kredit: LobakMerah