“Saya Sedar Siapa Diri Saya, Jauh Beza Ibarat Langit Dengan Bumi” – Iqbal

“Saya Sedar Siapa Diri Saya, Jauh Beza Ibarat Langit Dengan Bumi” – Iqbal
Share

Semalam hangat diperkatakan apabila penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa mengatakan dia tidak mengenali usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkifli dan hanya bertemu sekali sahaja.

Kata Rossa lagi, dia mengakui memang ada bertemu seseorang dari Malaysia yang minta bergambar dengannya namun menganggap peminat mahu bergambar sahaja.

Sementara itu, Iqbal mengakui apa yang dikatakan oleh Rossa itu adalah benar. Iqbal bagaimanapun bersyukur kerana penyanyi itu ingat akan dirinya.

Baca Juga

“Benar apa yang saya katakan, saya masih mahu mengenali. Mengenali tidak semestinya mahu berkahwin. Berkawan mungkin, atau kerjasama apa yang boleh.

“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya Dato Seri Rossa ingat saya menegur beliau kerana khanya saya seorang dari Malaysia ketika itu. Jangan risau, saya tahu untuk jaga privasi dan kehormatan seseorang,” katanya.

Sementara itu dalam perkongsian lain, Iqbal berkata dia sedar siapa dirinya serta menyifatkan dia dan Rossa seperti langit dan bumi.

“Saya sedar diri saya siapa. Jauh beza ibarat langit dengan bumi. Juga tahu batas pergaulan. Saya menghormati Dato Sri Rossa. Hanya mohon doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.

close
SUMBER:  MEDIA HIBURAN
Kredit: Beautifulnara, Rotikaya

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel