Selalu Suami Yang Hantar, Sekali Isteri Pandu Sendiri Terus Terjunam Tepi Pantai

Selalu Suami Yang Hantar, Sekali Isteri Pandu Sendiri Terus Terjunam Tepi Pantai
Share

Seorang doktor wanita berdepan detik cemas selepas Perodua Axia dipandunya terjatuh dari tebing setinggi lima meter sebelum terjunam ke pesisir Pantai Mengabang Telipot, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rakannya, Mohd Azwan Jusoh, 38, berkata, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ketika di selekoh sebelum terjatuh dari tebing laluan berkenaan.

Baca Juga


“Mangsa jarang memandu seorang diri kerana sering dihantar suaminya ke klinik, tempat bekerja. Saya mengetahui tentang kemalangan itu pada pukul 4.50 pagi selepas diminta suami mangsa ke lokasi kejadian bagi melihat keadaan wanita berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Mohd Azwan terkejut apabila mendapati kenderaan rakannya terjunam selain turut dipukul ombak.

Sumber: Utusan Online

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel