Suami pecahkan tingkap kereta isteri sehingga serpihan kaca terkena pada anak, dah direman 4 hari

Suami pecahkan tingkap kereta isteri sehingga serpihan kaca terkena pada anak, dah direman 4 hari
Share

Padah merosakkan tingkap kereta isteri sehingga menyebabkan serpihan kaca terkena pada anak mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan, seorang lelaki ditahan polis. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian itu berlaku pada jam 10.37 pagi 13 Disember 2021, sempat dirakam oleh isteri suspek berusia 24 tahun menggunakan telefon bimbit sebelum membuat laporan polis. 

Siasatan awal mendapati, mangsa ketika itu sedang memandu kereta Perodua Axia bersama anak-anaknya di Lorong Panglima, Jalan Teluk Wanjah sebelum didatangi oleh suaminya berusia 30 tahun yang mengekori dengan menunggang motosikal Honda Wave. 

Suspek kemudian bertindak menahan kereta mangsa dan mengetuk tingkap bahagian penumpang hadapan, menyuruh mangsa membuka tingkap dengan alasan mahu memberi wang kepada anak. 

Baca Juga

Mangsa bagaimanapun hanya membuka sedikit tingkap dan menyebabkan suspek berang lalu menarik tingkap itu sehingga pecah dan tercabut serta serpihan kaca terkena pada salah seorang anak lelakinya.

Tidak berpuas hati dengan tindakan suspek, mangsa terus membuat laporan polis. Bertindak di atas laporan itu, pegawai penyiasat bersama anggotanya pergi ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan dan merakam percakapan saksi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan, suspek juga telah ditahan pada hari yang sama dan direman selama empat hari sehingga 17 Disember ini untuk membantu siasatan. 

Tular di media sosial tindakan seorang lelaki memecahkan cermin kereta isterinya dengan kasar walaupun tahu anak mereka berada di tempat duduk penumpang hadapan. 

Tindakan kasar lelaki itu mengundang kemarahan netizen kerana bukan sahaja bertindak di luar batasan, malah sanggup mengabaikan keselamatan anak sendiri. 

Menurut Amira, kejadian itu berlaku pada pagi semalam ketika dia mahu keluar bekerja sebelum didatangi oleh suaminya yang menunggang motosikal. 

close
"Letih la, pagi-pagi aku kalut nak pergi kerja, celah-celah tu juga nak mai buat hal. Depan anak-anak juga nak tunjuk kelakuan (buruk). 

"Konon tu nak bagi duit dekat anak hang, ingatkan nak hulur beda beli susu, pampers anak. Sekali tu duit aku yang melayang. Family aku dah la tak hebat, tak pasal kena repair cermin kereta. Seratus dua pun main dengan family tak hebat ni nampak nilai tu besar. Boleh beli susu, pampers anak untuk stok dua minggu!" tulisnya di Facebook. 
Amira menegaskan, dia sengaja membuka cermin keretanya sedikit sahaja kerana sebelum ini lelaki berkenaan pernah melarikan dokumennya yang diletakkan dalam kereta. 

"Kalau buka tingkap full, memang kena jerat la macam sebelum ini yang dah terjadi. Lagipun aku berhati-hati kali ini sebab dia pernah ugut nak ambil kereta aku sebelum ni. Siap kata nak bakar lagi. 

"Dah berkali-kali juga dok berebut kunci kereta dengan aku, sampai angin tayar dibuang pun ada. Jadi, aku dah sampai tahap tak larat nak menghadap benda ni. 

"Aku jelaskan siap-siap sebelum ada orang lain putar belit cerita jadi lain dan kemudian tuduh aku putar belit cerita bagi mengeruhkan keadaan ke, apa ke. Aku ada video ini sebagai bukti. Post aku bukan nak provok sesiapa, cuma kalau rasa terprovok, check balik. Salah tetap salah," tulisnya. 

Sumber: Harian Metro

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel