Wanita Dakwa Fizi Ali Pemalas, Langsung Tak Bantu Buat Kerja Rumah Jadi Punca Bercerai
Saturday, December 18, 2021

Walaupun memaklumkan mereka sudah bercerai namun Fizi atau Shakila langsung tidak memberitahu punca perpisahan mereka.
Namaun ada pula netizen di Facebook memuat naik status, mendakwa punca penceraian adalah disebabkan sikap Fizi yang langsung tak nak membantu isteri melakukan kerja rumah.
Namun Shakilla menafikannya.
"Saya baru baca artikel yang mendakwa kononnya Fizi tak membantu buat kerja rumah... apabila kakak (individu menulis status) itu cakap fasal bidai baru saya teringat posting video itu dah lama. Minta maaf kalau sesiapa yang baca dan salah faham, saya tak sangka orang akan mempertikaikan kerja rumah yang saya pernah buat sebelum ini dengan mengaitkan apa yang berlaku antara saya dengan Fizi sekarang.
"Saya anggap perkongsian saya dahulu sebagai kesalahan sendiri sampai membawa maksud lain apabila kami berpisah. Saya masih waras dan masih ingat sampai sekarang tak pernah keluarkan apa-apa kenyataan sepanjang kahwin dengan Fizi dia tak pernah tolong saya.
"Kalau Fizi atau keluarga dapat tahu dakwaan ini mesti mereka rasa tak best. Saya sendiri pun rasa tak best sebab sepanjang kami kahwin, Fizi sangat membantu saya menguruskan hal rumah tangga... masa saya buat kerja-kerja tu siapa jaga Ameena? Fizi la yang buat semua," katanya kepada mStar.
Wanita tersebut mendakwa dia pernah melihat satu video lama di mana Shakilla menyatakan Fizi langsung tak membantu.
Spekulasi itu dibuat apabila Shakilla meminta Fizi memasang bidai tapi akhirnya terpaksa melakukannya sendiri.
"Fasal buat kerja rumah ni memang saya yang nak buat sebab saya suka bertukang, saya suka buat benda-benda yang saya tak mampu buat tapi saya nak buat juga.
"Fizi pula akan ambil langkah untuk tak campur tangan kerja-kerja saya sebab takut kalau salah nanti saya marah pula! Idea kami lain-lain, jadi dia bagi saya kebebasan untuk buat ikut cara saya dan dia pula ambil bahagian jaga Ameena.
"Video yang saya kongsi itu hanyalah untuk projek khas dalam rumah sahaja contohnya renovasi untuk tempat permainan Ameena dan sebagainya, tapi benda-benda asas lain semua Fizi yang buat. Kalau saya pergi penggambaran, Fizi la yang buat semua... dia memasak, basuh baju dan jaga Ameena."
Shakilla juga sempat memohon orang ramai menghentikan spekulasi mengenai perpisahan mereka.
"Saya harap orang-orang di luar sana cukup-cukuplah mengorek salah silap kami dan kalau boleh janganlah keluarkan sebarang spekulasi mengenai perceraian kami.
"Saya tahu ramai yang nak tahu punca tapi kami berdua dah sebulat suara tak akan berkongsi sebab perpisahan ini... cuma saya beritahu kami berdua kuat berdepan ujian ini dan minta doakan yang terbaik untuk kami.
"Perpisahan ini satu pembelajaran untuk kami jadi lebih matang, memahami salah silap masing-masing, sejujurnya saya sangat beruntung kerana pernah ada suami yang baik. Dia kawan, suami dan ayah yang sangat baik... mungkin saya seorang isteri dan ibu yang tak sempurna, tapi tak apalah kita lupakan semua itu.
"Kami berdua dah sepakat untuk fikirkan jalan terbaik... untuk kakak yang muat naik status itu, kalau terbaca artikel ini saya minta maaf kalau status dan video lama saya itu membuatkan semuanya salah faham."
Sumber: Forum CARI