“Baru nak ngorat”- Penjual Roti Bakar Tak Jadi Nak Berkenalan Dengan Pembeli, Ingatkan Perempuan, Rupanya Lelaki!

“Baru nak ngorat”- Penjual Roti Bakar Tak Jadi Nak Berkenalan Dengan Pembeli, Ingatkan Perempuan, Rupanya Lelaki!
Share
Sebagai peniaga atau penjual, saban hari kita akan jumpa dengan pelanggan yang datang daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur.

Menurut Suara.com, salah faham itu terjadi sebab pelanggan tersebut yang merupakan seorang lelaki sengaja datang ke gerai roti bakar itu dengan memakai tudung, jadi mungkin penjual tu ingatkan dia tu adalah seorang gadis.

Kisah bagaimana salah faham itu boleh terjadi pada mulanya telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi akaun dengan username yang dikenali sebagai yametmet1.

Difahamkan, sehari selepas lelaki tu berkunjung ke gerai roti bakar tersebut, dia tiba-tiba menerima mesej daripada si penjual berkenaan yang mengatakan dia mahu berkenalan dengannya yang disangka seorang wanita itu.

Dapat perbualan melalui Whatsapp itu, penjual roti telah memperkenalkan dirinya dan dia juga ada memuji kecantikan ‘wanita’ itu.

Boleh dilihat dalam chat yang dikongsikan itu bahawa si pembeli mengatakan dia sebenarnya seorang lanang. Untuk pengetahuan semua, lanang dalam bahasa Indonesia bermaksud lelaki.
Namun, si pembeli itu kemudiannya menjelaskan perkara sebenar bahawa dia adalah seorang lelaki dan bukannya gadis seperti yang disangka oleh si penjual roti.

Rata-rata netizen dilihat terhibur dengan kisah itu namun dalam masa yang sama, ada juga yang kesian sebab dorang risau mungkin penjual tersebut akan trauma nak berkawan dengan pembelinya lepas ni.

Sumber: Suara.com
Kredit: Lobak Merah

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel