Buat Duit Hampir RM8 Ribu Sebulan, Jual Video Pada Lelaki Suka Tengok Wanita Obes Tersekat Pintu

Buat Duit Hampir RM8 Ribu Sebulan, Jual Video Pada Lelaki Suka Tengok Wanita Obes Tersekat Pintu
Share

Seorang wanita dengan berat badan 222.25 kilogram menjana pendapatan lebih £1,500 (RM8,496) sebulan kerana kaum lelaki suka melihatnya tersekat pada pintu dan di dalam kereta, lapor akhbar Mirror UK.

Danielle Birch, 25, dari Plymouth, mengenakan bayaran terhadap video bukan seksualnya untuk sesetengah orang yang mengagumi wanita berbadan besar.

Birch menjual videonya pada harga £2.90 (RM16.43) manakala klip berdurasi 20 minit boleh didapati pada harga RM41.35.

Antara kandungan videonya adalah merakam dirinya tersekat pada pintu dan di dalam kereta serta berdiri di sebelah orang yang lebih kecil daripadanya.


“Ramai berminat untuk melihat bagaimana berat badan mempengaruhi kehidupan saya. 

“Saya dikategorikan sebagai bersaiz super untuk wanita dengan berat antara 158.8 kilogram hingga 226.8 kilogram’’ jelas Birch.

Menurutnya, video pendek yang dihasilkan selalunya mengenai percubaannya memakai pakaian yang kecil dan comel. 

Dia menghabiskan masa selama tiga hari untuk menyiapkan video yang akan dimuat naik dalam tempoh seminggu. 

Kredit: CARI, Kosmo

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel