Buntu, Wanita Mohon Selamatkan Adik Dari Ibu Bapa Tak Berhati Perut

Buntu, Wanita Mohon Selamatkan Adik Dari Ibu Bapa Tak Berhati Perut
Share

Bimbangkan dengan keselamatan adiknya di Singapura, seorang wanita dikenali sebagai Jessy Lim memohon bantuan orang ramai agar menyokong petisyen bagi mengasingkannya dan diletakkan dibawah perlindungan daripada kedua ibu bapanya.

Menerusi ciapannya di Twitter, wanita yang berada di New Jersey, Amerika Syarikat itu mendakwa kedua ibu bapanya menyeksa fizikal dan mental adiknya, Nadyanti Lim yang berusia 18 tahun hingga menyebabkan gadis berkenaan hidup dalam ketakutan.

Ciapan berkenaan tidak hanya mencuri perhatian warga Singapura, tetapi juga Malaysia. Ada yang menyarankan Jessy melaporkan kepada pihak berwajib dan mendoakan agar masalah itu dapat diselesaikan dengan cepat.

Menurut Jessy, selama dua tahun adiknya tidak pernah bertanya khabar, namun menghubunginya kelmarin merayu agar diselamatkan daripada kedua ibu bapa mereka.
Adiknya sudah menghubungi pihak polis, namun tidak menerima bantuan seperti diharapkan. Situasi itu memaksa Jessy mencipta petisyen pihak berkuasa mengambil tindakan segera sebelum terjadi hal lebih buruk.

Menerima gambar dan video kiriman adiknya cukup merisaukan Jessy. Ibunya, Damanyanti Purba digambarkan sebagai ibu yang selalu mendera dan 'gila'. 

"Beberapa hari selepas Krismas, dia mencekik adiknya kerana menyangkakan adik saya telah merosakkan mesin basuh.

“Adik saya menghubungi pihak polis kerana dia menyangka akan mati sekiranya tidak mendapatkan bantuan, namun harapannya sama sekali musnah.

Kata Jessy juga, dia sendiri menerima gangguan daripada ibunya. Menggunakan borang maklum balas tempatnya bekerja, ibunya selalu menghantar aduan dengan tujuan wanita itu dipecat. Bagaimanapun, dia bersyukur pihak majikan memahami situasi dihadapinya.

Bercakap mengenai bapanya pula, kata Jessy, lelaki itu tidak mendera adiknya secara langsung, namun jarang berada di rumah. Ketiadaannya menyebabkan Nadyanti menjadi mangsa seksaan ibu mereka. 

Bapa mereka juga hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Sumber: CARI

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel