Dari Atas Nampak Macam Bentuk Manusia, Keunikan Bandar Kecil di Itali Ini Jadi Perhatian Ramai
Saturday, January 8, 2022

Baru-baru ini, sebuah kawasan perkampungan di Itali telah menjadi tumpuan netizen di Instagram gara-gara ia dilihat menyerupai bentuk seperti manusia dari pandangan atas menggunakan dron.
Menurut Mail Online, bandar kecil yang diberi nama Centuripe itu terletak kepulauan Sicily dan gambar pemandangan udara bandar itu telah diambil oleh seorang jurugambar iaitu Pio Andrea Peri.
Pio Andrea mengatakan dia mula mengetahui bentuk unik bandar Centuripe tersebut setelah ternampak pemandangan kawasan itu dari arah atas menerusi Google Earth.
Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa bandar itu juga kelihatan seperti bintang yang mempunyai lima bucu terutamanya ketika waktu malam.
Disebabkan bentuk Centuripe itu sangat unik, ada sesetengah netizen yang pada mulanya tak percaya dan menganggap mendakwa gambar itu merupakan hasil yang telah disunting.
Bandar kecil di Itali itu juga dikatakan menempatkan lebih kurang lima ribu penduduk dan ia terletak di atas bukit.
Sumber: Mail Online, Instagram @ig_italia & pioandreaperi, Lobak Merah