Heliza Helmi Dedah Diri Terketar Tangan Ketika Suami Sarung Cincin

Heliza Helmi Dedah Diri Terketar Tangan Ketika Suami Sarung Cincin
Share

Heliza Helmi sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Heliza diijabkabulkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, jam 11.11 pagi ini. Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

Lebih menjadi perhatian perkongsian Instagram kelab peminat Heliza dan Hazwani iaitu TheHelmisWarrior berkongsikan video ketika acara menyarungkan cincin.

Kelihatan Heliza malu ketika duduk dihadapan suaminya dan terketar tangan apabila disarungkan cincin. Malah, keduanya kelihatan kekok ketika menyarungkan cincin.

Difahamkan selepas akad nikah pasangan pengantin diraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat di Lanai Asmara, Putrajaya dan majlis resepsi akan diraikan di sebuah hotel terkemuka malam esok.

Suami Heliza merupakan pengasas dan Presiden AUF MBZ Concortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan.

Sumber: Beautifulnara

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel