Iesya Toh Tuduh KJ Nyanyuk, Semakin Terbelit Gara-gara Video Lama
Sunday, January 30, 2022

Yatt Hamzah dan Iesya Toh antara selebriti yang turut lantang bersuara isu vaksin Covid-19 semalam berkongsi video Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) berhubung pemberian suntikan booster.
"YB @khairykj masih ingat statement ni? Mereka sering bertukar statement membuatkan kita berasa ragu.
"Apapun, tetap menolak vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun!! @kementeriankesihatanmalaysia," tulisnya.
Dalam satu hantaran lain, Iesya mempertikaikan kenyataan KJ yang mendakwa tidak menerima suntikan booster sedangkan tertera pada sijil digital vaksinasi bahawa beliau telah mendapatkan suntikan berkenaan pada September tahun lalu iaitu bulan sama kenyataan terbabit dibuat.
Sementara itu, KJ Menerusi ciapannya di Twitter menjelaskan keperluan suntikan booster digalakkan buat masa kini.
"Antivaksin dan mereka yang masih ragu-ragu akan terus menggali temu bual atau kenyataan lama untuk menyebar maklumat salah," ujarnya.
Sumber: Forum CARI