Ifa Raziah Dikecam Tayang Emas Penuh Di Lengan Dan Jari Depan Kaabah
Friday, January 7, 2022

Ifa Raziah dikecam sebab memakai perhiasan emas ketika mengerjakan umrah baru-baru ini. Tak berdiam diri, Ifa raziah pelik dengan netizen yang menjadikan perkara tersebut sebagai satu masalah besar.
“Apa salahnya? Engkau dekat rumah tengok emak engkau, Pakai gelang emas tidak, solat? Sama kan? Engkau tengok nenek engkau solat, ada pakai gelang emas? Sama sahaja.
“Aku pergi ke sana pakai gelang emas, ini, siapa yang bagi? Allah yang bagi. Apa masalahnya aku solat, buat ibadah aku pakai ini? Aku nak tunjuk ‘Allah engkau bagi dekat aku Allah’.
“Aku tengok perempuan Arab semua pakai emas, tak ada masalah pun. Komen masyarakat Malaysia ini, otak dia, tak betullah. Kurang waraslah. Dalam Islam pun, apa masalah pakai emas. Lelaki tak boleh pakai emas, sutera. Perempuan boleh pakai emas,” katanya menerusi sebuah video di Instagram.
Ifa juga menegaskan dia ada merujuk pakar agama tentang perkara tersebut.
“Beliau katakan tiada satu pun hadis yang mengatakan haram bagi wanita yang memakai emas untuk bersolat mahupun melakukan apa-apa ibadah yang berkaitan dengan umrah atau haji.
“Malahan ibadah yang dilakukan tidak terbatal hanya kerana memakai emas. Yang paling penting ia bersih, suci dan bukan datang dari sumber yang diragui."
Sumber: Forum Cari