Jemaah Umrah Tak Puas Hati, Dakwa ‘Dipaksa’ Kuarantin Di Hotel Guna Duit Sendiri, Namun...
Wednesday, January 5, 2022

Semenjak varian Omicron semakin mengganas di Malaysia dan didapati kebanyakannya datang dari jemaah umrah yang baru pulang dari Mekah, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan dengan meminta mereka untuk menjalani tempoh kuarantin.
Disebabkan itu, jemaah umrah yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah diarahkan untuk segera menjalani kuarantin di hotel yang telah disediakan.
Pun begitu, tular di TikTok kelihatan sekumpulan jemaah umrah didakwa tidak berpuas hati kerana dipaksa untuk menjalani tempoh kuarantin di hotel dengan harga yang melampau. Difahamkan kos yang dikenakan adalah sekitar RM250 hingga RM330 untuk satu malam.
@djalonghisyam #jemaah #umrah #wajib #kuarantin #dihotel #mereka #sahaja ♬ bunyi asal - Nik Mohd Fakrul Hisyam
Namun ternyata isu tersebut didakwa telahpun selesai dengan apabila pengguna TikTok @manees99 menjelaskan situasi sebenar yang berlaku ketika menguruskan jemaah tersebut.
Menurutnya, tempoh kuarantin bagi jemaah-jemaah yang terlibat adalah percuma termasuk kenderaan untuk ke sana. Walau bagaimanapun, ada di antaranya agak kurang sabar kerana telah menanti terlalu lama di airport.
Malah, video TikTok yang dikongsikan @eidailham juga menunjukkan keadaan para jemaah yang menerima situasi kuarantin tersebut dalam keadaan tenang setelah diberikan tempat penginapan yang percuma dan beberapa kemudahan lain yang memuaskan.
@eidailham Mandatory quarantine untuk jemaah umrah yg balik selepas 3Jan2022. Status home quarantine kami rejected #umrah #umrah2021 ♬ Lailaha Illallah - Aisha Azuan
Terdahulu, isu ini menjadi viral selepas para jemaah katanya terpaksa menunggu dalam jangka masa yang agak lama di KLIA tanpa sebarang info khusus mengenai keadaan mereka yang perlu dikuarantin dan dipakaikan alat peranti.
Sumber: Lobak Merah